ANAK WILL SMITH BERPAKAIAN WANITA

ANAK WILL SMITH BERPAKAIAN WANITA


Dibesarkan dengan limpahan kekayaan harta tidak menjamin kehidupan kita akan sentiasa bahagia dan normal seperti yang dimahukan semua orang. Hal ini berlaku kepada pasangan selebriti Will Smith dan Jada-Pinket Smith, Jaden yang kini kian meningkat dewasa.

Dengan aset kekayaan yang dimiliki ayahnya sebagai aktor a-list, Jaden Smith pastinya menikmati kehidupan yang mewah dan glamor. Tapi sebenarnya, di dunia realiti hal ini sama sekali tak berada dalam pikiran Jaden yang popular menerusi Karate Kid itu.

Anak sulung kepada pasangan pelakon ini tetap menikmati kehidupan sehariannya dengan sangat sederhana. Ini termasuklah gayanya yang ringkas, tidak bertukar-tukar kasut namun sejak akhir akhir ini dia sering tampil menyarungkan helaian daripada baju-baju gadis seusianya.

Mungkin ramai akan mempertikaikan 'penyakit' yang melanda tumbesaran Jaden yang mempunyai iras seperti bapanya itu. Tetapi hal ini bukan sekali berlaku dan yang paling terbaru, Jaden dilihat menyarungkan gaun mini dengan aksesori rambut yang berbentuk bunga rona merah.

Sudahkan sebagai selebriti, Jaden tentunya dikenali tetapi bila dia berkelakuan sedemikian ia telah menyumbang kepada cerita yang kurang enak mengenai dirinya yang sempat digosipkan dengan Kylie Jenner itu.

Dalam gambar yang dirakamkan ketika festival muzik popular, coachella, dapat dilihat jelas penampilan Jaden yang menyerupai seorang wanita. Seluar pendek dipakai didalam gaun mini itu dan menyedari diperhatikan, Jaden tetap saja tidak mempedulikan renungan mata sekeliling.

Kali pertama dia dilaporkan bertindak sedemikian ketika keluar bersantai di kawasan Calabasas, California Jaden juga memilih gaun untuk dipakai serta tidak terlepas memberitahu pengikutnya di laman sosial yang dia juga membeli belah di Topshop dan bukannya Topman.

Share This

No comments:

Post a Comment

Bijak Pinjam

Latest

Article

Designed By Blogger Templates