MENGANDUNG DI USIA 38 TAHUN TIDAK MENJADI HALANGAN BAGI ELAINE DALY

MENGANDUNG DI USIA 38 TAHUN TIDAK MENJADI HALANGAN BAGI ELAINE DALY


MODEL yang juga pengacara program bual bicara Bella di NTV7 ini mengakui cukup teruja apabila disahkan hamil selepas berkahwin bersama seorang doktor yang berasal dari Afrika Selatan, Nick Borden pada Disember tahun lalu.
Menurut Elaine Daly, meskipun dia bakal menjadi ibu dalam usia yang mencecah ke angka 38 tahun, namun ia bukan halangan untuk menjadi ibu terbaik kepada anaknya.

“Sebelum ini ramai kawan-kawan yang jumpa saya dan melihat saya masih solo.

"Siapa sangka saya tiba- tiba berkahwin dan kini bakal menjadi seorang ibu. Semuanya hanya dalam sekelip mata,” katanya yang sedang hamil tujuh bulan kini.

Berkongsi lanjut perasaannya, Elaine ketika ditemui pada majlis kempen Drypers Moms Of Malaysia memberitahu, dia begitu gembira kerana sepanjang kehamilan, dia mendapat sokongan sepenuhnya daripada suami dan keluarga.

“Ini adalah kehamilan pertama saya, saya memang kurang pengetahuan tetapi menerusi pembacaan yang banyak dan pengalaman rakan-rakan saya mampu laluinya dengan kuat,” katanya.

Menurut Elaine juga, pengalaman hamil bukanlah seperti yang dibayangkan.

“Saya tidak pernah membayangkan bagaimana rasanya hamil, kini apabila ia terjadi kepada saya, macam-macam perkara yang perlu dihadapi.

“Bayangkan hendak bangun daripada katil, berjalan dan bergerak seperti sebelum ini sangat sukar,” katanya turut mengalami peningkatan berat badan sebanyak lapan kilo sepanjang proses kehamilan.

Sedikit alahan yang dialaminya, kata Elaine, dia hanya tidak boleh makan daging sejak di awal kehamilan.

“Saya tidak muntah tetapi saya tidak boleh melihat daging. Rasanya kehamilan saya agak mudah kerana saya gemar makanan yang pedas dan masam,” katanya turut mengamalkan senaman sesuai untuk ibu mengandung.a
Share This

No comments:

Post a Comment

Bijak Pinjam

Latest

Article

Designed By Blogger Templates