Kini video yang menampilkan Mawar Rashid #dewiremaja menjadi viral setelah dikatakan bimbo dan tidak mengambil tahu tentang isu semasa seperti GST yang telah disiarkan di Youtube Astro Gempak baru-baru ini.
Namun implikasi daripada insiden yang berlaku secara spontan ini telah diambil secara positif oleh Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shahputri bt Wan Abdul Rashid ini.
Kejadian ini berlaku ketika Mawar sebagai salah seorang finalis bagi pencarian Dewi Remaja ini telah diuji dengan cabaran berdepan dengan soalan mengenai pengetahuan am secara spontan.
Dapat dilihat Mawar menghadapi situasi yang agak sukar bagi menjawab soalan daripada media itu.
Tidak adil untuk kita terus menghukum finalis Dewi Remaja 2014/2014 ini yang mana telah menyesali apa yang telah berlaku dan berjanji akan sentiasa cuba untuk memperbaiki diri.
Tidak mustahil daripada insiden yang menimpa Mawar ini, ia akan menarik minat dan membuatkan umum ingin ambil tahu tentang GST.
Apa kata kita cuba kenali lebih dekat siapa sebenarnya Mawar Rashid ini, mampukah dia membawa gelaran Dewi Remaja pulang kali ini?
No comments:
Post a Comment