Pelakon popular Sharnaz Ahmad kini berhati-hati dalam memberi statement mengenai status teman wanita kerana takut pisang berbuah dua kali.
"Saya tidak akan mengaku dia (Anis) girlfriend saya tetapi apa yang boleh saya katakan dia memang kawan paling rapat saya buat masa ini.
"Namun saya gembira Anis banyak menolong dan menyokong apa jua yang saya lakukan.
"Cukuplah orang luar tahu itu sahaja. Saya tidak mahu kenyataan yang keluar dari mulut saya nanti akan memalukan keluarga saya.
"Saya bukan berhati-hati untuk berkata tetapi saya rasa saya kini lebih matang setelah apa yang berlaku kepada saya sebelum ini."
Sharnaz dan Aniz baru baru ini telah melancarkan produk terbaru keluaran Sharnaz iaitu Bogenesis Collagen di ruang, Shah Alam.
Produk kolagen ini adalah satu makanan tambahan yang sesuai digunakan oleh kelaki dan wanita yang ingin kekal cantik dan menawan.
No comments:
Post a Comment