Bercinta Lepas Kahwin Lebih Manis Buat Ummi

Bercinta Lepas Kahwin Lebih Manis Buat Ummi


Mungkin belajar daripada pengalaman,pelakon UmmiNazeera menganggap fasa percintaan selepas kahwin adalah lebih manis dan indah selain menyifatkan percintaan sebelum kahwin adalah sesuatu yang membuang masa dan sebolehnya dia enggan mengharungi proses berkenaan.

“Jujur saya katakan, bercinta itu buang masa kerana kita belum tahu apa pengakhiran kepada hubungan tersebut dan saya sendiri sebolehnya tidak mahu melalui fasa itu dan lebih baik bercinta selepas kahwin”
“Saya lebih selesa menganggap hubungan yang terjalin itu sebagai persahabatan,” jelasnya sambil menyatakan bahawa selagi dia tidak berkahwin, dia masih solo dan bukan kepunyaan mana-mana lelaki selain memberitahu akan kembali menyambung pelajaran di universiti tempatan jika tiada halangan.
Sementara itu, menurut Ummi, Ramadan tahun ini disambut sederhana dan dia memilih untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga. Malah Ummi turut menyatakan bahawa pada bulan Ramadan ini, dia berpeluang memperbaiki diri dan memperbanyakkan amal ibadah kepada-Nya.

Share This

No comments:

Post a Comment

Bijak Pinjam

Latest

Article

Designed By Blogger Templates