Zizan Razak Mahu Kahwin Secara Tiba-Tiba

Zizan Razak Mahu Kahwin Secara Tiba-Tiba


Ibarat masih lagi berteka-teki dengan peminat dan juga pihak media mengenai perkahwinannya, pelakon dan pengacara Zizan Razak menjelaskan bahawa dia mahu berkahwin secara tiba-tiba seperti yang dilakukan oleh Fahrin Ahmad sebelum ini.
“Macam mana pun saya mesti kahwin. Saya kena kahwin. Sebagai lelaki saya pun nak kahwin dan ada keluarga sendiri. Insya-Allah, semua yang dirancang bagaimana biarlah ia menjadi rahsia keluarga saya. Tak ada apa-apa pun sebenarnya”
“Saya suka cara Fahrin Ahmad yang berkahwin secara ‘tiba-tiba’ dan ‘mengejut’. Cara itu nampak lebih afdal. Kalau boleh saya nak ikut cara dia,” katanya kepada media selain merahsiakan status hubungan dia dan pasangan yang dikatakan sudah pun berpisah.
Selain soal perkahwinan, Zizan juga dalam masa yang sama berdepan dengan pelbagai kontorversi yang tidak putus-putus sebelum ini. Muncul sebentar dengan khabar angin mahu berkahwin, ada peminat yang melihat perkara tersebut sebagai salah satu cara untuk kembali meredakan keadaan.
Peminat pastinya tidak sabar mendengar berita gembira daripada asyik mendengar cerita berdolak-dalik. Apa pun, pastinya Zizan tahu apa yang dilakukannya. Semoga apa yang dirancang dan direncanakan oleh Zizan akan dipermudahkan.
Share This

No comments:

Post a Comment

Bijak Pinjam

Latest

Article

Designed By Blogger Templates