Mikrofon Ziana Zain Terpelanting di KLFW2015

Mikrofon Ziana Zain Terpelanting di KLFW2015


Baru-baru ini dalam acara fesyen yang diadakan di Kuala Lumpur, Ziana Zain telah membuat persembahan dan yang lebih menarik, persembahan tersebut turut diiringi dengan kejutan daripada penyanyi itu sendiri apabila mikrofon yang digunakannya tercampak jatuh.

Melalui rakaman video pendek ini, boleh dirasakan bahawa Ziana memang sedang memberikan persembahan terbaiknya dan selepas dia cuba untuk bergaya dengan melambungkan mikrofon, dia gagal untuk menyambutnya kembali.

Di akhir video, kelihatan penyanyi itu cuba untuk mendapatkan kembali mikrofon tersebut yang telah jatuh ke bawah pentas. Apa yang pasti, perkara itu berjaya mencuit hati mereka yang hadir.

Share This

No comments:

Post a Comment

Bijak Pinjam

Latest

Article

Designed By Blogger Templates